Sunday, March 22, 2009

FINALLY... IT'S OVER!!!

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 kepada Allah s.w.t kerana memudahkan urusan kami semua pagi ini.. aku amat lega sekali apabila KEMPEN SIHAT DAN BEBAS KANSER ini telah habis dengan jayanya... pagi-pagi lagi dah bersiap punyalah semangat sbb penganjur kenelah datang awal~ kalau lambat, susah laa... Dah la bas xde.. Nasib baik Pakcik Eric bawak kereta sesuai la muat la sumbat kawan2 dlm tu! ehehehe... Sampai2 je sana, keadaan Foyer FPSK xla bersih mana... ada sampah2 cm tisu, plastik straw, sampah kecik2 kat lantai.. kawasan VIP pulak tu... ish.. nk xnak,terpaksa la aku n fafaw ngutip sampah bende2 tu.. xkan nk harap org buat pulak...

Hari ni tugas aku sebagai Usher VIP YB Dato Dr. Mohamad Satim b Diman.. ADUN Sri Serdang dan juga Ahli Lembaga Pengarah UPM... hmmm.. bangga betul dapat jadi usher VIP tu.. arghhh... hensem pulak tu... YB Dato Satim sangat sporting dan peramah.. aku seronok bila seorang YB sangat prihatin dan sudi melapangkan masa untuk hadir ke program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar yg baru setahun jagung ni haa... Turut membanggakan bila NC mewakilkan TNCnya Prof Dr. Abu Bakar dan Prof Dr. Tai Shzee Yew hadir ke program ini...

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk tetamu kehormat, nyanyian lagu Negaraku dan Putra Gemilang, bacaan doa, ucapan Pengarah, Ucapan TNC dan ucapan YB.... Kemudian, acara perasmian pun dimulakan.. Gimik yang simple yg mampu kami lakukan kerana kekurangan sumber.. Sebut pasal kekurangan sumber ni, banyak cerita di sebalik semua ini.. Macam2 yg kami kurang seperti Walkie talkie, perhiasan pentas, katil utk pemeriksaan percuma, xde skirting meja utk VIP, xde sumber kewangan yg cukup... dan macam2 lagi keadaan kekurangan yang kami terpaksa kami hadapi... bayangkan perasaan takutnya kami terhadap program ini sebab banyak perkara yg telah kami siapkan pada awalnya terpaksa diubah-ubah semula kerana ada banyak kali pemantauan dibuat oleh Prof Mazanah... Kesian sangat kepada AJK Protokol dan program kerana sangat bertungkus lumus dalam menyiapkan Running order, teks ucapan, dan macam2 lagi la...

Selepas habis semua itu, VIP pun pergi la tgk pameran dan terus ke jamuan ringan yang telah disediakan... sebagai usher YB Dato Satim, aku pun terpaksa la ikut je mane YB pergi... huhuhu.. then lepas mkn, YB pun balik... acara dalam dewan tetap berjalan seperti yg telah dirancang... Lepas je habis menghantar YB, aku pun boleh la bersiar2 di dalam dan luar dewan... nampak mcm xde masalah je kt dalam dewan tu.. so, aku pun rilex la kejap...

Aku amat terharu sbb dapat pujian drp org2 luar yg dtg.. katenye program ni bagus sgt... dapat ucapan tahniah yg punyela banyak.. hmmm... rasa nk nangis pun ada sbb mereka xtau betapa susahnya nk handle program besar mcm ni.. lebih2 lagi dihadiri oleh org2 besar UPM... dengan kemudahan yang serba kekurangan, dengan msalah dalaman yg sangat serius, masalah kewangan, mcm2 masalah la yg menyesakkan kepala otak, dengan bebanan assignment yg kene hanta pada SELASA ni... semuanya perlu dijalankan dalam waktu terdekat ni... Minggu depan ada program g Pulau Perhentian la pulak.. Program anak angkat.. (Projek Kajian Etnografi KOH 3432) benda2 penting perlu difikirkan jugak.. kali ni aku di bawah unit hadiah dan cenderamata.. hmmm... yg pasti, tu semua akan disettlekan selepas menghantar assignment Prof. Dr. Norhasni pada selasa ni dan A'ment Puan Shima Kemahiran berfikir.. Sekarang ni, kitorg terpaksa bertungkus lumus menyiapkan a'ment Journal Dr. Hasni.... Bukan sbb suka buat last minit, tapi percayalah, idea itu lebih datang ketika kita betul2 fokus buat sesuatu kerja.. Aku pun sudah meminjam buku dari library utk buat rujukan.. hmmm.. tinggal nak olah dan taip je...

Lepas ni pulak ada post mortem, bende2 yg xbetul, yg salah, haruslah dibawa ketengah supaya next time punya program xakan terjadi bende2 mcm tu lagi....

Cuma aku sangat berbesar hati apabila program yg dirancang hanya dalam tempoh sebulan mampu dilaksanakan dengan berjayanya hari ni.. keberkesanan program ini dinilai juga oleh peserta-peserta melalui borang kaji selidik.. aku pun belum tgk lagi jwapan2 org terhadap program ini.. yang pasti, kini aku sudah boleh tersenyum~

No comments: